Anak-anak masih kecil, tiada masa untuk cari pengganti baru - Mawar Rashid - Utusan Malaysia

Anak-anak masih kecil, tiada masa untuk cari pengganti baru – Mawar Rashid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon Mawar Rashid mengakui kehidupannya kini lebih tenang apabila dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada anak-anak serta urusan kerjayanya.

Menurut Mawar atau Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 31, kesibukan menguruskan anak-anak, kerja dan perniagaan membuatkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan perkara lain.

“Sudah tiga tahun solo. Tapi, sekarang ini memang tiada masa untuk berjumpa dengan orang baru kerana anak-anak semua masih kecil.

“Sekarang memang keutamaan saya adalah dekat anak-anak. Banyak masa saya memang untuk mereka,” katanya ketika ditemui dalam Malam Gala Filem Nar’sata: Sekutu Setan, pada malam selasa.

Bintang Dewi Remaja 2017 itu berkata, dia juga selesa dengan kehidupannya ketika ini walaupun sering menerima usikan daripada peminat mengenai soal jodohnya.

“Mengenai soal jodoh dan buka hati ini semua, saya serahkan seluruhnya kepada Allah SWT. Itu sahaja,” katanya secara ringkas.

Ditanya mengenai jejaka misteri yang muncul dalam hantaran raya miliknya sebelum ini, Mawar menjelaskan perkara tersebut hanyalah sebahagian daripada kandungan promosi lagu raya.

“Ramai yang tertanya-tanya sebab gambar itu dikongsi dengan pelekat pada wajah lelaki tersebut. Sampai sekarang, masih ada yang ingat hantaran itu.

“Mungkin mereka tidak melihat pada hantaran-hantaran saya yang seterusnya. Hantaran itu sebenarnya hanya untuk pemasaran video raya dan lagu raya sahaja. Tidak lebih daripada itu,” ujarnya.

Terdahulu, Mawar Rashid pernah mendirikan rumah tangga bersama usahawan Raden Muhammad Rafael pada November 2017 sebelum bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael, Raden Seri Rosabella Cinta dan Raden Seri Riyanna Sayang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN