Adik dianiaya suami, Syatilla Melvin tampil bela Syida Melvin - Utusan Malaysia

Adik dianiaya suami, Syatilla Melvin tampil bela Syida Melvin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Syatilla Melvin tampil membela adiknya, Syida Melvin yang didakwa dianiaya oleh suaminya, Shafiq Shaheen di saat rumah tangga mereka sedang retak menanti belah.

Menurut Syatilla, dia enggan masuk campur tentang masalah rumah tangga yang dihadapi adiknya, namun tidak akan berkompromi dengan manusia yang bersikap narsisistik (NPD) yang didakwa ditujukan kepada adik iparnya.

“Saya memang tidak ingin masuk campur hal rumah tangga adik-beradik, tapi bila melibatkan NPD, kami kena turun padang bergotong-royong.

“NPD bukan kes biasa-biasa. Benda ini dah lama kami simpan. Yang pernah hadap saja akan faham,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Syatilla berkata demikian susulan pendedahan Syida mengenai tindakan suaminya melayannya seperti pengemis selepas sudah meleburkan segala harta benda untuk membina syarikat perniagaan bersama.

Dalam pada itu, Syatilla turut mempertikaikan intergriti dan sikap profesional sebuah cawangan bank yang menyedut semula duit yang telah disalurkan kepada akaun peribadi adiknya untuk urusan pembayaran hutang tertunggak.

“Sampai bank pun boleh tunduk dengar cakap dia untuk sedut semula semua duit yang dah masuk akaun peribadi. Macam mana itu? Ada ke benda macam ini normal, wahai manusia-manusia sekalian?

“Senang-senang pegawai bank boleh luluskan untuk sedut balik duit syarikat yang ada nama Syida. Ya Allah tak adilnya. Minta maaf sangat kami kena lawan!” katanya.

Sebelum ini, menerusi sebuah hantaran di Instagram Story Syida mendakwa Shafiq telah memberi arahan kepada pengurus sebuah bank sekitar TTDI Jaya untuk menarik semula transaksi daripada kredit kad syarikat mereka bersama.

Syida turut mendakwa suaminya tidak membuat bayaran rumah kelamin mereka yang dikatakan sudah tertunggak selama dua bulan.

Setelah pelbagai usaha telah dilakukan, Syida mendakwa suaminya enggan memberikan kerjasama untuk melunaskan hutang berkenaan, sebaliknya memilih untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN