Rendam seluar dalam air rebusan cili, beri dia pakai - komen Fatin Afeefa tuai perhatian warganet - Utusan Malaysia

Rendam seluar dalam air rebusan cili, beri dia pakai – komen Fatin Afeefa tuai perhatian warganet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Pelakon dan selebriti media sosial, Fatin Afeefa, mencetuskan perhatian ramai apabila meninggalkan komen berbaur ‘pedas’ di platform Threads sebagai respons terhadap isu melibatkan sikap ‘nakal’ suami.

Menerusi satu hantaran, Fatin memberikan pandangan secara berseloroh namun sinis apabila menjawab pertanyaan seorang pengguna media sosial mengenai kelakuan suami yang gemar berjenaka tentang wanita lain dalam kumpulan kerja.

Menurut Fatin, tindakan tersebut tidak wajar dipandang ringan dan memberi cadangan yang mencuri perhatian ramai.

“Rebus cili kering (extra pedas), rendam seluar dalam dia dalam air rebusan, keringkan macam biasa. Bagi dia pakai. Selesai,” tulisnya.

Komen tersebut dipercayai sebagai reaksi kepada persoalan seorang wanita yang bertanya sama ada perasaan cemburu yang dialaminya adalah munasabah.

Wanita itu berkongsi situasi suaminya yang didakwa membuat jenaka mengenai wanita lain bersama rakan sekerja lelaki dalam satu kumpulan sembang kerja.

“Awak semua, normalkah jika suami kita buat jenaka pasal perempuan lain dengan rakan sekerja dalam group kerja? Contoh jenaka seperti ‘Tengah marah ini, sejuk sikit kalau tengok muka Yana’. Yana pula tiada dalam kumpulan tersebut, semuanya lelaki. Korang rasa? Wajarkah saya rasa cemburu?” soalnya.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-rata berpendapat perasaan cemburu tersebut adalah normal, selain menegaskan pentingnya menjaga batas dalam pergaulan walaupun sekadar gurauan.

Sementara itu, komen Fatin yang bersifat sinis turut mencuit hati ramai, namun dalam masa sama dianggap sebagai sindiran terhadap sikap segelintir suami yang tidak peka terhadap perasaan pasangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN