Kenapa pula aku mahu buat akaun palsu? Tak gigihlah aku - Janna Nick - Utusan Malaysia

Kenapa pula aku mahu buat akaun palsu? Tak gigihlah aku – Janna Nick

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya berada di Jepun sekarang ini. Sejak 13 haribulan, saya sudah berangkat ke China. Macam mana pula boleh wujud akaun palsu dari United Kingdom (UK)?”

Demikian kata pelakon dan pengacara, Janna Nick membela dirinya daripada tuduhan kononnya dia mencipta akaun palsu di Threads kerana mahu membuat aduan berkenaan seorang kru sebuah syarikat penerbangan.

Selain menyatakan dirinya kini sedang bercuti di Jepun, Janna turut menyifatkan dakwaan tersebut berunsur fitnah dan tidak masuk akal.

“Dah cakap, kalian ini senang sangat percaya fitnah dunia, tapi tak sedar. Kenapa pula aku mahu buat akaun palsu? Tak gigihlah aku,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, bekas pengacara Melodi itu turut menafikan bahawa dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah syarikat penerbangan.

“Syarikat penerbangan mana aku mahu saman pun aku tak tahu. Mahu sebut dialog “aku mahu saman airline” pun bunyinya macam dialog drama slot Akasia sangat.

“Lantak kalianlah kalau mahu percaya cerita-cerita ini semua,” katanya.

Sebelum ini, seorang individu yang dipercayai kru sebuah syarikat penerbangan mendakwa pelakon itu bersikap sombong dan sukar memberi kerjasama ketika pesawat yang dinaiki mengalami masalah teknikal.

Susulan itu, muncul seorang pengguna media sosial yang dipercayai akaun palsu membuat aduan agar syarikat penerbangan tersebut mengambil tindakan terhadap kru berkenaan.

Namun, rata-rata netizen mendakwa akaun palsu tersebut adalah milik Janna kerana dicipta di UK.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN