El Rumi, Syufa Hadju kini sah suami isteri - Utusan Malaysia

El Rumi, Syufa Hadju kini sah suami isteri

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Anak kepada komposer dan penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, El Rumi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Syifa Hadju dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung hari ini di Raffles Jakarta, Kuningan, Jakarta Selatan.

Menurut laporan media tempatan, khabar gembira itu disahkan oleh pendakwah terkenal, Habib Usman Yahya yang turut hadir dalam majlis berkenaan.

Menurut beliau, majlis akad nikah tersebut berlangsung dalam suasana tenang, lancar dan penuh keberkatan.

“Tadi acara nikah berlangsung dengan tenang. Lafaz ijab kabulnya jelas, hanya sekali sahaja dan terus selesai.

“Bila dia (El Rumi) menyebut ‘Saya terima nikahnya’, memang terang, berani dan lantang. Nampak seperti sudah berlatih,” katanya.

Bagaimanapun, jumlah mas kahwin yang diberikan El kepada Syifa masih belum didedahkan kepada umum.

Majlis akad nikah itu turut dihadiri Ahmad Dhani dan Maia Estianty selain beberapa tokoh ternama termasuk Agus Harimurti Yudhoyono, Bahlil Lahadalia serta Ketua MPR, Ahmad Muzani.

Difahamkan, majlis akad nikah berlangsung pada sebelah pagi manakala resepsi perkahwinan dijadualkan berlangsung pada sebelah malam di lokasi sama.

Sebelum ini, pasangan berkenaan telah melalui majlis siraman pada 24 April lalu yang berlangsung penuh emosi apabila Maia dilihat tidak dapat menahan sebak.

Malah, mereka turut mengadakan majlis pertunangan pada 21 Januari 2026 di Hutan Kota by Plataran Senayan yang hanya dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat.

Untuk rekod, El melamar Syifa pada Oktober 2025 selepas setahun menjalinkan hubungan cinta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN