Dulu sekadar peminat, impian Ikmal Amry berganding dengan Amyra Rosli jadi realiti - Utusan Malaysia

Dulu sekadar peminat, impian Ikmal Amry berganding dengan Amyra Rosli jadi realiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Dulu saya hanyalah seorang peminat Amyra Rosli. Gigih cari tiket Anugerah Bintang Popular (ABP) hanya nak jumpa depan-depan.”

Demikian seloroh pelakon, Ikmal Amry mendedahkan dirinya merupakan salah seorang peminat aktres, Amyra Rosli sebelum melangkah masuk ke dalam dunia seni.

Bagai mimpi menjadi realiti, Ikmal menyifatkan aturan Sang Pencipta sangat indah apabila angan-angannya untuk berganding dengan aktres itu direalisasikan menerusi drama Khianat Yang Terpilih.

“Melangkah ke hadapan, awal-awal jadi pelakon dah bermanifestasi mahu berlakon dengan dia, tapi siapalah saya ketika itu.

“Namun, Allah perancang terbaik, sekarang dia pula kena panggil saya abang,” katanya di Threads.

Selain Ikmal dan Amyra, drama terbitan TV3 yang baru melabuhkan tirai semalam itu turut dibintangi Puteri Aishah dan Ben Amir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN