Aslam minta doa, Marissa geleng kepala tidak nangis - Utusan Malaysia

Aslam minta doa, Marissa geleng kepala tidak nangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pempengaruh, Ahmad Aslam bersyukur apabila prosiding lafaz cerai dan rujuk terhadap isterinya Marissa Dania Hakim yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selesai hari ini.

Enggan mengulas panjang, bapa kepada tiga cahaya mata itu memohon orang ramai
mendoakan yang terbaik buat perkahwinannya.

“Alhamdulillah untuk proses perbicaraan ini sudah selesai. Jadi untuk apa-apa yang berlaku selepas ini mohon doakan yang terbaik.

“Saya tak ada apa-apa nak komen, semuanya bergantung pada pihak mahkamah,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam pada itu, Marissa tidak memberi sebarang respons berhubung prosiding hari ini sekadar menggeleng kepala menarikan dirinya menangis.

Terdahulu, peguam syarie mewakili kedua-dua pasangan itu, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri berkata, pihaknya kini menunggu keputusan rasmi mahkamah berhubung status perkahwinan mereka.

Bagaimanapun, tarikh keputusan tidak didedahkan kepada media bagi menghormati permintaan kedua-dua anak guamnya.

Difahamkan, Aslam didakwa pernah melafazkan cerai terhadap Marissa sebanyak dua kali di luar mahkamah, masing-masing pada 2024 dan 2025, sebelum kembali merujuk pada tahun sama.

Pada Mei 2025, mereka turut hadir ke mahkamah sama bagi tujuan pengesahan perkahwinan.

Pada 27 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah mengesahkan status pernikahan pasangan itu yang berlangsung di Songkhla. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN