Anak kedua peroleh 8A dalam SPM, Sharifah Zarina tak menyesal tukarkan sekolah pada saat akhir - Utusan Malaysia

Anak kedua peroleh 8A dalam SPM, Sharifah Zarina tak menyesal tukarkan sekolah pada saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syukur anak kedua, Ariana Deena peroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), penyanyi, Sharifah Zarina berkongsi pengalaman pahit yang dilalui puterinya di sekolah.

Meskipun berjaya meraih sebanyak 8A dalam SPM, Zarina menyifatkan kejayaan anaknya itu suatu perkara yang berbaloi biarpun terpaksa berpindah sekolah pada saat akhir.

“Dia menangis teresak-esak bukan kerana berjaya memperoleh keputusan cemerlang, tetapi juga kerana pernah diejek dan didera secara lisan oleh beberapa orang guru hanya kerana dia aktif dalam aktiviti sekolah.

“Keadaan itu menjadi begitu teruk sehingga dia enggan pergi ke sekolah. Cuba bayangkan, saya memindahkannya ke sekolah baharu dalam tempoh kurang tiga hari. Ternyata itu adalah keputusan yang tepat,” katanya di Instagram.

Tambah anaknya, Ariana, mendedahkan dirinya pernah menerima layanan buruk dari seorang guru kerana kehidupannya yang aktif di platform media sosial.

Ariana bagaimanapun menganggap kejayaan yang dimilikinya dalam peperiksaan tersebut sebagai bukti bahawa segala segala tanggapan guru berkenaan adalah salah.

“Usaha keras akhirnya membuahkan hasil. Lapan bintang emas sebagai balasan kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong saya sepanjang perjalanan ini.

“Beberapa tahun lalu, seorang guru pernah memanggil saya bodoh. Dia menyangka saya hanyalah pelajar yang suka bergambar untuk Instagram, menyanyi demi perhatian dan hanyut dalam kehidupan sebagai ‘influencer’.

“Saya harap dia melihat perkongsian ini dan tahu bahawa saya telah membuktikan dia salah. Masih banyak lagi yang menanti, dan saya tahu kamu mampu menghadapinya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN