Aib lama dicanang kembali, Sharifah Sakinah jadikan khilaf sebagai pengajaran - Utusan Malaysia

Aib lama dicanang kembali, Sharifah Sakinah jadikan khilaf sebagai pengajaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Perjalanan ini mendidik saya daripada sekadar hiburan kepada sebuah titik tolak menjadi insan yang lebih matang dan berjaya.”

Demikian respons pelakon, Sharifah Sakinah yang tenang membalas tindakan seorang pengguna aplikasi Threads yang mencanang kembali kontroversi lampau yang dilakukannya belasan tahun lalu.

Menurut Sakinah, tindakan kurang bijak tersebut masih segar dalam ingatannya, bahkan dia mengakui dirinya antara terawal yang berani mencetuskan kontroversi demi meraih perhatian umum.

“Saya masih menyimpan memori itu. Jika ditemui, Insya-Allah akan saya kongsikan semula. Dahulu, saya antara yang terawal bereksperimen ,sebelum semuanya menjadi arus biasa,” katanya.

Tidak melatah dengan perkara tersebut, Sakinah menganggap khilaf lampaunya sebagai pengajaran hidup yang mematangkan dirinya kini.

“Hari ini, ramai memilih jalan perhatian. Namun saya percaya, baik atau buruk, segalanya tetap membawa pelajaran,” ujarnya.

Terdahulu, seorang individu tampil memuat naik sebuah perkongsian ala trivia yang mencetuskan kembali kontroversi yang pernah dilakukan pelakon drama Curang Tanpa Niat tersebut .

“Siapa ingat kes Sharifah Sakinah gincu merah dan seluar dalam merah? Walaupun dia sudah terkenal jangan ingat dia boleh selamat. Siapa cari balik video itu mesti kalian sudah tua,” kata individu tersebut

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN