Teruskan dengan tindakan awak, saya dengan tindakan saya - Ben Ladin - Utusan Malaysia

Teruskan dengan tindakan awak, saya dengan tindakan saya – Ben Ladin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Teruskan dengan tindakan awak, saya dengan tindakan saya.”

Demikian respons penyanyi, Ben Ladin terhadap seorang individu yang mendakwa dirinya culas membayar gaji mengikut tempoh waktu yang dijanjikan.

Menurut Ben, dia tidak kisah sekiranya individu terbabit berkeras untuk menjatuhkan imejnya dengan menyebarkan dakwaan tersebut memandangkan dirinya sudah menjelaskan perkara sebenar.

“Tidak mengapa sebab saya sudah cakap apa yang patut dan siapa yang patut bayar gaji awak. Jangan lupa cerita sekali barang hilang,” katanya di Threads.

Tambah Ben, dia juga sudah memaklumkan kepada individu tersebut mengenai pihak yang sepatutnya membuat bayaran gaji terhadapnya.

“Awak rasa awak mahu selesaikan macam mana? Awak nak duit cara macam ini? Kerja sampai pukul 2, pukul 1 dah tutup, tak ikut masa kerja. Bahagian gaji dah jelaskan siapa yang sepatutnya bertanggungjawab,” tegasnya.

Ben berkata demikian di ruangan komen perkongsian seorang individu yang mendakwa dirinya tidak dapat beraya kerana penyanyi itu tidak membayar gaji setelah selesai melakukan tugasan.

Pemilik akaun berkenaan turut memaparkan beberapa tangkap layar perbualannya bersama Ben menerusi aplikasi Whatsapp menuntut gajinya yang sepatutnya dibayar sebelum hari raya.

“Orang cari duit raya tapi ini balasnya saya tak akan turunkan perkongsian ini selagi gaji saya tak dibayar.
Saya tak beraya sebab gaji tak dapat lagi.

“Sesiapa yang mahu kerja dengan dia lepas ini tolong hati-hati. Mesej diam saja bila mahu viralkan baru balas tapi sampai sekarang tak dapat lagi,” kata individu berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN