Saya lelaki paling bertuah, dapat kenali Bella Astillah dari sisi berbeza- Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Saya lelaki paling bertuah, dapat kenali Bella Astillah dari sisi berbeza- Syed Saddiq

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, meluahkan rasa syukur dan menyifatkan dirinya sebagai lelaki paling bertuah susulan pertunangannya dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Dalam satu ucapan penuh emosi, Syed Saddiq berkata,hubungan tersebut membuka ruang untuk dirinya mengenali sisi sebenar Bella yang mungkin tidak diketahui umum.

“Saya lelaki paling bertuah. Yang penting adalah pengakhiran pertunangan ini antara saya dan Bella. Saya dapat melihat sisi berbeza dirinya.

“Ramai mungkin kenal dia sebagai iron lady, tetapi saya berpeluang melihat sisi lain dirinya. Dia seorang wanita yang tidak pernah faham erti penat.

“Dalam setiap kepayahan, jatuh dan bangunnya, dia berusaha sendiri untuk bangkit semula,” ujarnya.

Tambah Syed Saddiq, keistimewaan Bella terletak pada sifat baiknya yang sukar dipisahkan daripada dirinya.

“Pendek kata, dia seorang wanita yang sangat baik. Perkataan ‘baik’ itu memang tidak dapat dipisahkan daripadanya. Dia baik terhadap keluarga, adik-beradik, keluarga saya dan orang sekeliling,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq mengakui bahawa perasaan cintanya terhadap Bella bermula daripada sebuah persahabatan yang akhirnya berkembang menjadi hubungan yang lebih serius.

“Saya jatuh cinta kepadanya sebagai seorang kawan, dan itu sangat penting. Saya mencintai Bella sebagai wanita yang hebat.

“Yang lebih penting, Bella adalah seorang ibu yang sangat penyayang. Kasih sayangnya kepada anak-anak mengingatkan saya kepada ibu bapa saya sendiri. Itu sangat bermakna,” katanya.

Pada masa yang sama, Syed Saddiq turut berharap agar anak-anak Bella dapat menerima kehadirannya dalam kehidupan mereka.

“Saya menyayanginya bukan hanya kerana dirinya, tetapi juga kerana anak-anaknya, Ayden dan Ara.

“Saya berharap mereka dapat menerima saya. Mereka berdua adalah anak-anak yang sangat mengagumkan,” ujarnya.

Mengakhiri ucapan, Syed Saddiq merakamkan penghargaan kepada kedua-dua keluarga atas sokongan yang diberikan serta memohon doa agar hubungan tersebut dipermudahkan.

“Terima kasih kepada keluarga yang sentiasa bersama kami. Kepada ayah dan mama, terima kasih atas sokongan dan kasih sayang.

“Teruskan berdoa untuk kami. Semoga perjalanan ini yang bermula dengan pertunangan akan berakhir dengan pernikahan yang diberkati,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN