Ramai puji Shahz Jaszle makin tampan - Utusan Malaysia

Ramai puji Shahz Jaszle makin tampan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sudah namanya anak seni, perubahan sedikit pun pasti tidak terlepas daripada mata pemerhati. Itulah yang sedang diperkatakan tentang pelakon kacak, Shahz Jaszle.

Cik Bunga pun perasan sejak kebelakangan ini, Shahz nampak lain macam. Bukan lain yang pelik ya, tetapi makin segak! Dulu pun bukanlah kata tidak kacak, tetapi sekarang ini nampak jauh lebih kemas dan segar.

Yang paling ketara tentulah badannya. Nampak sudah banyak susut berbanding dahulu. Apabila badan sudah semakin fit begitu, wajah pun nampak lain. Ada yang kata Shahz sekarang seperti kembali ke zaman awal-awal dia menceburi dunia lakonan dahulu.

Alahai, memang nampak muda betul! Kalau tidak kenal, mungkin ada yang sangka artis baharu pula.

Cik Bunga dengar cerita, perubahan ini bukanlah sebab diet pelik-pelik pun. Katanya Shahz sekarang rajin bersukan, khususnya bermain pickleball. Sukan ini pun makin popular bukan?

Kalau sudah selalu turun gelanggang, berpeluh sakan, memang tidak hairanlah berat badan boleh turun. Cik Bunga pun rasa kalau konsisten main sukan macam itu, sesiapa pun boleh nampak makin sihat.

Dalam diam-diam, ada juga yang berbisik kepada Cik Bunga, dengan rupa baharu Shahz sekarang ini, pasti makin ramai peminat baharu yang muncul. Biasalah, bila artis nampak makin segak, peminat pun bertambah.

Tetapi Cik Bunga mahu ingatkan juga kepada peminat-peminat yang mula jatuh hati itu, janganlah terlalu hanyut pula. Ingat ya, Shahz Jaszle itu sudah pun bergelar suami orang.

Jadi meminati boleh, menyokong kerjaya pun boleh tetapi berpada-padalah. Jangan sampai ada yang terlebih angan pula.

Apa-apa pun, Cik Bunga tabiklah dengan usaha Shahz menjaga kesihatan. Bukan saja nampak lebih kacak, malah nampak lebih bertenaga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN