Rakan selebriti didakwa jadi ‘scammer’, Janna Nick luah rasa musykil

Rakan selebriti didakwa jadi ‘scammer’, Janna Nick luah rasa musykil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Janna Nick meluahkan rasa musykil terhadap rakan rapat yang juga seorang aktres yang didakwa kini menjadi ‘scammer’ selepas sekian lama menghilang dalam industri seni.

Menurut Janna, rakan seperjuangannya itu sebelum ini pernah menghubunginya secara tiba-tiba untuk meminjam sejumlah wang ringgit setelah sekian lama tidak berhubung.

“Saya ada cerita tentang rakan artis yang ‘scammer’ itu. Kami pernah rapat dan dia menghilang secara tiba tiba. Beberapa tahun kemudian dia pernah Whatsapp nak pinjam duit,” katanya di Threads.

Kata Janna, dia juga cuba menghubungi pelakon tersebut semula untuk bertanya khabar kerana rindu, namun suami individu berkenaan yang menjawab panggilan tersebut.

“Selepas dapat mesej, tidak sampai beberapa saat saya terus telefon dia sebab saya rindu. tTba tiba suami dia yang jawab panggilan tersebut. Tak ke terkejut?

“Kita mesej kawan kita, tapi suami dia yang jawab panggilan dan & cakap kawan kita pergi ke klinik. Habis yang membalas mesej itu siapa?,” kongsinya.

Bimbang dengan keadaan terkini pelakon tersebut, Janna berharap rakannya itu terselamat daripada individu-individu yang berpotensi untuk mengancam keselamatannya.

“Saya hanya berharap, ada orang boleh selamatkan dia sebab saya tidak rasa nombor itu dia yang pegang,” ujarnya tanpa memetik nama mana-mana individu.

Terdahulu, tular di platfrom Threads seorang individu mendakwa dirinya telah menjadi mangsa penipuan pelakon, Azar Azmi dan suaminya selepas tidak lagi aktif dalam industri lakonan tanah air.

Jelas individu berkenaan, pelakon wanita berkenaan dan l suaminya didakwa menipu orang ramai termasuklah dirinya sehingga mengalami kerugian sebanyak RM300,000.

Lebih mengejutkan, pasangan terbabit juga didakwa menipu individu lain sehingga mencecah jutaan ringgit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN