Perempuan boleh terima tiada anak jika suami manjakan dan ambil berat - Siti Elizad - Utusan Malaysia

Perempuan boleh terima tiada anak jika suami manjakan dan ambil berat – Siti Elizad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Perempuan ini kalau tiada anak, dia okey saja. Dia boleh terima andai kata suami dia sejenis manjakan dan mengambil berat tentang isteri.”

Demikian kata pelakon, Siti Elizad yang berpendapat golongan wanita yang belum dikurniakan cahaya mata mampu hidup bahagia dan kuat sekiranya mendapat sokongan dan perhatian yang selayaknya daripada pasangan.

Kata Elizad, sumber kekuatan terbesar bagi seorang isteri untuk terus bertahan dalam apa saja keadaan adalah nikmat kasih sayang yang diberikan oleh suami.

“Saya selalu pesan kepada para suami, kekuatan seorang isteri datang daripada pasangannya sendiri. Ubat yang terbaik adalah dengan berkasih sayang.

“Kalau isteri bersedih, suami jangan buat tidak tahu. Jangan abaikan perasaan mereka,” katanya menerusi sebuah video yang tular di TikTok.

Dalam masa sama, pelakon drama Mentua itu menasihatkan supaya setiap pasangan suami isteri perlu bersikap rasional untuk menyelesaikan sesebuah konflik berpanjangan dalam rumah tangga agar tidak menjadi toksik dalam rumah tangga.

“Jika ada masalah, keluarlah daripada masalah tersebut. Jangan terlalu lama terperangkap dalam keadaan itu.

“Kalau sudah benar-benar tidak boleh bersama, buatlah keputusan untuk bergerak ke hadapan. Hidup perlu diteruskan,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, terutama wanita yang rata-ratanya bersetuju dengan pendapatnya.

Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga bersama suami, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015 dan belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN