Pelakon veteran terkilan produksi senyap membisu - Utusan Malaysia

Pelakon veteran terkilan produksi senyap membisu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Kalau sudah namanya dunia seni, macam-macam ragam manusia boleh kita dengar. Terbaharu, sampai ke telinga Cik Bunga satu cerita yang buat hati ini sedikit terusik. Kisahnya mengenai seorang pelakon veteran yang sudah lama makan garam dalam industri, tapi kali ini katanya terasa seperti dipermainkan pula.

Menurut cerita yang sampai kepada Cik Bunga, pelakon berkenaan pada awalnya dihubungi oleh sebuah produksi yang kononnya berminat menawarkan watak kepadanya. Produksi itu siap minta pelakon itu ‘blok’ beberapa tarikh.

Biasalah, apabila orang sudah beri kata-kata begitu, pelakon veteran ini pun ambil serius. Dia kata tidak mahu mengecewakan produksi, jadi dia pun setuju dan terus kosongkan jadual pada tarikh yang diminta.

Malah, menurut sumber Cik Bunga, dia sanggup menolak beberapa tawaran lain semata-mata mahu beri komitmen kepada projek tersebut.

Namun, bila semakin hampir dengan tarikh dijanjikan, lain pula ceritanya. Pelakon berkenaan mula tertanya-tanya kerana tiada sebarang perkembangan daripada pihak produksi. Dia cuba juga bertanya khabar, hubungi dan hantar mesej untuk mendapatkan kepastian. Tetapi malangnya, sampai sudah tiada jawapan balas.

Yang tinggal hanyalah tanda mesej sudah dihantar, tetapi jawapan yang dinanti tidak kunjung tiba. Bayangkanlah perasaan seorang pelakon lama yang masih gigih mencari rezeki dalam industri. Lebih menyentuh hati, katanya dia berharap sangat projek itu menjadi kerana mahu menambah duit raya, apatah lagi Aidilfitri pun sudah semakin hampir.

Apabila jadi begini, tentulah terasa hati. Sudahlah menolak kerja lain, akhirnya tawaran yang ditunggu pula hilang begitu sahaja tanpa khabar berita.

Bagi Cik Bunga, kalau benar projek itu tidak jadi atau ada perubahan perancangan, apalah salahnya pihak produksi beritahu sahaja perkara sebenar.

Sekurang-kurangnya pelakon itu tidaklah tertunggu-tunggu dalam tanda tanya. Orang lama dalam industri pun ada perasaan juga. Janganlah dibiarkan mereka menanti tanpa jawapan. Lagipun, dia itu manusia, bukan batu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN