Lima selebriti Indonesia dari golongan berpengaruh - Utusan Malaysia

Lima selebriti Indonesia dari golongan berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dunia hiburan Indonesia sememangnya meriah dengan wajah-wajah popular lagi berbakat, tetapi tidak semua mampu meninggalkan jejak pengaruh yang hebat dalam karier seni yang diceburi. 

Mereka bukan sekadar terkenal, tetapi juga antara figura berpengaruh yang mampu membentuk budaya, inspirasi, bahkan jaringan sosial dan politik. 

Dari penyanyi legenda hingga ikon digital, berikut merupakan antara lima selebriti Indonesia dari golongan berpengaruh yang wajib diketahui:-

 

Mayangsari

Penyanyi lagenda, Mayangsari atau Agustina Mayangsari merupakan penyanyi terkenal era 1990-an hingga awal 2000-an. Suaranya yang lembut mengalunkan lagu-lagu romantik seperti Harus Malam Ini, Tiada Lagi, dan Rasa Cintaku  menjadikan namanya popular di seluruh Indonesia.

Kehidupan peribadi Mayangsari sering menjadi sorotan media, terutama selepas berkahwin dengan Bambang Trihatmodjo yang merupakan anak bekas Presiden Soeharto pada 2000. 

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak bernama Khirani Siti Hartina Trihatmodjo.

Annisa Pohan

Pelakon dan pengacara, Annisa Larasati Pohan memulakan kariernya sebagai model selepas memenangi pertandingan Gadis Sampul dan Gadis Shampoo pada era 2000-an.  

Pernikahannya bersama anak Presiden Keenam Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono iaitu Agus Harimurti Yudhoyono menjadikannya salah seoang selebriti yang berpengaruh dalam dunia politik di negara tersebut.

Antara sumbangan sosial yang dilakukan oleh Annisa sehingga disanjung sehingga kini ialah apabila beliau aktif dalam filantropi melalui Yayasan Tunggadewi yang fokus dalam memperkasakan golongan wanita dan kanak-kanak.

Gita Gutawa

Gita Gutawa atau Aluna Sagita Gutawa merupakan penyanyi dan pelakon Indonesia yang terkenal dengan suara klasik. Gita juga merupakan anak kepada komposer terkenal Indonesia, Erwin Gutawa, yang memberikan akses awal dan pengaruh dalam dunia muzik.

Selain menyanyi, Gita juga aktif dalam sinetron, mengisi suara animasi, dan berlakon dalam filem. Pengaruhnya tidak hanya terbatas pada hiburan, tetapi juga memberi inspirasi kepada generasi muda dalam bidang seni dan pendidikan muzik.

Raline Shah

Pelakon jelita, Raline Shah mula dikenali menerusi pertandingan Puteri Indonesia pada 2008 dan kemudian karier seninya terus diiktiraf selepas dirinya banyak membintangi filem-filem hebat Indonesia.

Lebih menarik lagi,  pelakon filem, 99 Cahaya di Langit Eropah itu berasal dari keluarga yang berpengaruh di mana bapanya pernah menjadi seorang senator, manakala ibunya merupakan figura sosial terkenal .

Disebalik wajah anggun itu, siapa sangka Raline kini merupakan Special Staff Menteri Komunikasi dan Digital di Indonesia sekaligus menjadikannya contoh selebriti yang berpengaruh dalam dunia seni, perniagaan dan politik.

Audy Item

Penyanyi veteran, Audy Item terkenal pada era 90-an menerusi muzik pop dan R&B yang menyemarakkan industri hiburan Indonesia.

Audy aktif bernyanyi secara solo dan pernah berkolaborasi dengan pelbagai artis ternama. Lagu-lagunya tetap dikenang dan menjadi sebahagian identiti muzik di Indonesia.

Selepas berkahwin dengan pelakon dan artis seni mempertahankan diri, Iko Uwais pada 25 Jun 2012, pengaruh Audy secara tidak langsung meninggalkan impak yang luar biasa terhadap dunia hiburan di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN