Fatin Afeefa dedah pembantu rumah curi baju, duit, bawa lelaki masuk rumah - Utusan Malaysia

Fatin Afeefa dedah pembantu rumah curi baju, duit, bawa lelaki masuk rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perkongsian pelakon Ainul Aishah mengenai sikap pembantu rumahnya yang didakwa bermasalah turut menarik perhatian bekas pelakon, Fatin Afeefa, yang mengakui pernah melalui pengalaman hampir sama sebelum ini.

Menurut Fatin, pembantu rumah lamanya pernah menunjukkan beberapa tanda mencurigakan termasuk mencuri barangan peribadi serta membawa masuk lelaki ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.

“Red flag. Hantar dia pulang. Pembantu rumah lama saya berperangai sama seperti pembantu awak. Masih muda dan saya pada mulanya bertolak ansur kerana kasihan memikirkan dia berada seorang diri di sini.

“Selama setahun saya melayan perangainya. Lama-kelamaan saya perasan dia mula meniru saya. Dia mencuri baju, tudung, alat solek dan wang saya. Paling teruk, dia berani membawa lelaki masuk ke rumah,” katanya menerusi ruangan komen pada perkongsian Ainul.

Fatin berkata, pengalaman tersebut menjadi pengajaran buat dirinya agar lebih berhati-hati dalam mempercayai orang luar yang bekerja di rumah.

Tambahnya lagi, bekas pembantu rumah itu juga didakwa pernah merakam video tarian tidak senonoh dengan memakai pakaian miliknya ketika dia berada di rumah.

“Mula-mula ambil baju, kemudian perkara lebih besar pula berlaku. Bekas pembantu rumah saya pernah membuat video menari dengan memakai pakaian seperti crop top dan skirt saya, malah anak lelaki saya turut berada dalam rakaman itu.

“Saya bekerja dari rumah dan dia melakukan perkara itu ketika saya sedang mandi. Saya faham awak berhati baik, sama seperti saya dahulu.

“Dia juga pernah membawa lelaki masuk secara senyap walaupun saya berada di rumah. Semua perkara itu terbongkar selepas saya menghalaunya,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN