Bella Astillah sah tunangan Syed Saddiq - Utusan Malaysia

Bella Astillah sah tunangan Syed Saddiq

Screenshot
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah sah menjadi tunangan kepada kekasih hatinya, ahli politik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, dalam sebuah majlis indah yang berlangsung di sebuah lokasi di ibu negara, hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan Bella mengenakan sepasang kurung berwarna biru cair sederhana namun kekal anggun menyerlahkan kemanisan pelakon itu selain tetamu yang diwajibkan mengggayakan persalinan berwarna kuning.

Melengkapi majlis, ibu kepada Ahli Parlimen Muar tersenyum bahagia menyarungkan cıncın dı jarı manıs pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah, 32, itu.

Pasangan itu juga saling menukar hantaran iaitu lima dulang daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang daripada pihak perempuan sebagai tanda ikatan pertunangan mereka.

Apa yang menarik, tema hantaran juga menjadi bualan ramai apabila Syed Saddiq mengambil tema Masa Hadapan manakala Bella mengambil tema Gunung Kinabalu.

Momen penuh bermakna yang berlangsung di ibu negara itu turut dihadiri oleh kaum keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat.

Pasangan itu juga dilihat menggunakan tanda pagar atau hashtag #BellaSyedYes khusus untuk harı bahagia mereka.

Terdahulu, menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, berkongsı momen ketika dia melamar bakal surı hatınya itu.

Sebelum ini media melaporkan pasangan itu bakal mengadakan majlis pertunangan pada petang Sabtu di Lembah Klang manakala mailis perkahwinan dijangkakan berlangsung beberapa bulan lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN