Anak mahu kahwin di usia muda, Abby Abadi, Norman Hakim berlapang dada

Anak mahu kahwin di usia muda, Abby Abadi, Norman Hakim berlapang dada

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Muda lagi anak ini. Tapi apabila mahu melangkah ke fasa seterusnya, kami ibu bapa menerima dengan hati terbuka.”

Demikian kata pelakon, Abby Abadi yang berlapang dada apabila anak lelakinya bersama bekas suami, Norman Hakim, Mohamed Danish bakal berkahwin dengan pilihan hatinya di usia muda.

Baru sahaja melangsungkan majlis pertunangan sabtu lalu, Abby sempat menitipkan nasihat buat anak bujangnya itu agar tidak mensia-siakan amanah-Nya apabila sudah beristeri nanti.

“Anak-anak sekarang bukan boleh dilarang, cuma boleh dinasihat dan terus bagi peringatan. Hidup ini amanah dan tanggungjawab yang Allah amanahkan dan tak semudah yang disangkakan.

“Nak jaga diri pun panjang perjuangannya, apatah lagi bila melibatkan orang lain untuk bersama dalam kehidupan kita.

“Salinglah bertolak ansur, saling menerima kelebihan dan kekurangan, saling melengkapilah pendek kata ya. Tiada yang sempurna,” katanya di Instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Gerak Khas itu turut berkongsi momen dirinya menyambut ulang tahun kelahiran Danish ketika di majlis pertunangannya, kelmarin.

Dalam masa sama, Abby turut memaklumkan bahawa anaknya bakal diraikan dalam dua majlis yang bakal berlangsung di Malaysia dan Singapura pada suatu tarikh yang belum didedahkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN