Zaman sekarang ramai sangat lelaki jadi ‘puteri’ - Atikah Suhaime - Utusan Malaysia

Zaman sekarang ramai sangat lelaki jadi ‘puteri’ – Atikah Suhaime

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Atikah Suhaime tampil menasihatkan kaum wanita terutamanya, para isteri tentang pentingnya mencari pasangan yang tahu tanggungjawab mereka untuk menyediakan nafkah yang cukup buat keluarga.

Menurut Atikah, setiap wanita selayaknya dilayan bak puteri meskipun mampu menjalani kehidupan secara berdikari agar para suami tidak culas akan peranan mereka untuk menyediakan keperluan asas.

“Perhatian wanita muda di luar sana. Saya tahu bagus jika awak boleh mencari wang ringgit sendiri. Boleh beli bunga sendiri. Tetapi, ia lebih baik jika awak dilayan seperti puteri.

“Kerja suka-suka. Duit lebih guna untuk membeli-belah. Dulu waktu muda, saya selalu percaya kita perlu kerja keras, tidak boleh bergantung pada lelaki.

“Tetapi bila pemikiran saya begitu, saya menarik perhatian lelaki yang salah. Yang malas bekerja tapi harapkan teman wanita yang belanja dan dalam masa sama perlu masak untuk mereka,” katanya di TikTok.

Tambah Atikah, kehidupannya kini menjadi lebih tenang selepas bertemu suaminya, Datuk Lokman Teh yang tidak pernah culas dalam menyediakan keperluan yang lengkap buatnya sekeluarga.

“Apabila saya bertemu dengan suami, dia ajar saya untuk bertenang. Saya rasa sangat seronok menjadi ‘puteri’ walaupun saya pernah menjadi seorang yang tabah dan tiada perasaan.

“Memang lumrah wanita, kita suka dimanja. Jiwa muda saya akan tidak bersetuju dengannya. Kini, saya berasa dalam era ‘soft girl’. Biarlah suami yang kendalikan segalanya tetapi saya seronok,” jelasnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Cinta Tiada Ganti itu mengakui dirinya pernah berada dalam hubungan toksik kerana terlalu percaya akan pendapat rakan-rakannya bahawa wanita perlu bekerja keras agar tidak membebankan kaum lelaki.

“Kawan-kawan perempuan saya yang dulu nasihatkan saya untuk bekerja keras dan perlu ada duit sendiri sekarang sudah bercerai kerana bertemu lelaki yang salah sebagai suami.

“Sebab itu mereka perlu bekerja keras kerana perlu sediakan segalanya untuk keluarga. Lepas itu tidak senang duduk tengok kita bahagia nikmati duit suami.

“Kemudian, mereka mula bercakap nanti suami cari perempuan lain sebab tiada sumber untuk berdebat. Dah memang lumrah lelaki suka nakal-nakal. Zaman sekarang ramai sangat lelaki mahu jadi ‘puteri’. Jadi para wanita, pastikan awak dapat kembali takhta tersebut,” ujarnya.

Untuk info, Atikah dan Lokman Teh mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2024 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lyla Mulan Teh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN