Pakaian Azira Shafinaz ditegur netizen

Pakaian Azira Shafinaz ditegur netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz menuai kecaman ramai selepas melihat penampilannya ketika menghadiri sebuah acara Sambutan Tahun Baru Cina, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Azira tampil menggayakan baju jenis ‘lace’ berona biru cair yang dipadankan bersama skirt merah hati sekali gus menampakkan bentuk tubuhnya.

Terkejut melihat penampilan anggota kumpulan DeFam itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang selain menegur tindakannya supaya berpakaian dengan lebih sopan.

“Inikah yang dikatakan berpakaian tapi telanjang?,” komen netizen.

“Dia cantik, bila pakai baju seperti ini hilang seri dia,” kata seorang pengguna media sosial.

“Mahu berfesyen biarlah nampak kelas ya,” sindir seorang netizen.

Meskipun perkongsian tersebut dihujani kecaman, Azira dilihat tenang dan tidak memberikan sebarang respons mengenai cara pemakaiannya.

Selain Azira, acara tersebut turut dihadiri oleh selebriti lain seperti Eyka Farhana, Datin Elvina Mohamad, Alicia Amin dan Yaya Zahir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN