Mdno, Ustaz Shamsul Debat jadi pilihan Erra Fazira - Utusan Malaysia

Mdno, Ustaz Shamsul Debat jadi pilihan Erra Fazira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR:  Primadona tanah air, Erra Fazira menjelaskan,  audio siar atau podcast kendaliannya bersama suami, Ezwan Zain berjudul Kasi Onz, bukan sekadar perbualan santai, sebaliknya sarat dengan elemen pengajaran serta inspirasi untuk pendengar.

Menurut Erra, meskipun tidak meletakkan konsep terlalu ketat, kandungan yang diketengahkan tetap diteliti agar memberi manfaat dan nilai tambah kepada khalayak.

“Dalam podcast saya dan suami, kami tidak menetapkan konsep khusus. Ada perkara yang boleh dan tidak boleh dibincangkan, namun fokus kami ialah aspek pembelajaran dan pengajaran. Inspirasi daripada pelbagai elemen itu kami selitkan dalam podcast agar perbualan kekal relevan dengan sasaran pendengar,” katanya.

Erra berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan duta ACGAS di Roofino Skydining baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Erra berkata pemilihan tetamu dibuat secara selektif berdasarkan kesesuaian topik, bukan semata-mata menjemput rakan artis.

“Kami lihat siapa yang paling sesuai dengan topik. Tidak semestinya rakan atau artis, namun jika artis sekali pun, mereka perlu mempunyai nilai yang mampu membuka minda.

“Saya bercadang menjemput Mdno kerana saya gemar menyampaikan inspirasi, khususnya daripada perspektif generasi muda,” katanya.

Selain itu, Erra turut terbuka menjemput tokoh agama seperti Ustaz Shamsul Debat bagi membincangkan isu kehidupan berumah tangga dalam suasana santai.

“Perkongsian daripada sudut agama, khususnya berkaitan rumah tangga, mampu membuka minda saya sebagai wanita bekerjaya dan juga pasangan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN