Isu kereta ada kaitan dengan Amylea? - Utusan Malaysia

Isu kereta ada kaitan dengan Amylea?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Baru-baru ini, Cik Bunga ada dengar isu membabitkan urusan jual beli kereta penyanyi Elliza Razak. Isu itu khabarnya bermula dengan persetujuan lisan. Bila sudah kecoh-kecoh, ada yang mengaitkan nama penyanyi Amylea dengan urusan jual beli kereta Elliza itu, dengarnyalah.

Menurut sumber Cik Bunga, Amylea dan Elliza sudah berbincang lebih awal mengenai penjualan sebuah kereta, dan Elliza pada waktu itu bersetuju untuk menjualnya. Atas dasar kepercayaan, kereta diserahkan kepada Amylea.

Sejak itu, semua komitmen berkaitan kereta diuruskan oleh Amylea. Dengarnya bayaran penyelenggaraan dibayar, bayaran bulanan juga berjalan seperti biasa. Masalah timbul apabila urusan jual beli tersebut tidak pernah dimuktamadkan secara bertulis.

Kata sumber Cik Bunga, beberapa kali juga Amylea meminta agar perjanjian hitam putih dibuat bagi merasmikan penjualan tersebut, namun sehingga kini perkara itu tidak berlaku.

Cik Bunga dengar, sebab tidak mahu masalah berpanjangan, Amylea pun sudah melantik peguam bagi menguruskan hal itu secara rasmi.

Bagi Cik Bunga, situasi ini dilihat seperti tarik tali, tidak mahu menjual, tetapi juga tidak mahu menyelesaikan perkara. Akhirnya, kedua-dua pihak berada dalam keadaan keliru kerana tiada pendirian yang jelas.

Isu melibatkan wang dan harta sepatutnya diselesaikan dengan telus dan bertanggungjawab. Tanpa hitam putih, kepercayaan mudah bertukar menjadi konflik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN