Intan Najuwa bakal timang cahaya mata kedua - Utusan Malaysia

Intan Najuwa bakal timang cahaya mata kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa mengumumkan dirinya bakal menyambut kehadiran cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh Intan menerusi sebuah hantaran di Instagram selain meluahkan rasa teruja keluarga kecilnya kini semakin berkembang.

“Lunara bakal jadi kakak. Keluarga kecil kami semakin berkembang. Dan keluarga kami akan jadi berempat,” katanya.

Menerusi hantaran tersebut, Intan yang polos mengenakan gaun hamil serba putih turut memaparkan hasil gambar imbasan ultrasound kehamilannya bersama anak sulungnya, Imane Lunara.

Intan bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci usia kandungannya yang terkini.

Teruja dengan pengumuman tersebut, hantaran itu dihujani ucapan tahniah serta doa dari kalangan rakan selebriti dan peminat di ruangan komen.

Untuk info, Intan telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Imane Lunara yang berusia satu tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN