Haris Ismail kongsi coretan ucapan ulang tahun kelahiran buat Neelofa - Utusan Malaysia

Haris Ismail kongsi coretan ucapan ulang tahun kelahiran buat Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah selebriti, Haris Ismail tampil berkongsi coretan khas yang ditujukan buat isterinya, Noor Neelofa sempena ulang tahun kelahirannya.

Tidak pernah terlepas memberikan ucapan bermakna buat isteri tercinta, Haris yang mesra disapa sebagai PU Riz itu menyifatkan kehadiran Neelofa membuatkan kehidupannya sekeluarga menjadi luar biasa.

“Sudah semestinya tidak berlalu 10 Februari tanpa ingatan dan coretan buat adinda. Pertama, syukur ke hadrat Tuhan telah memberi dan memanjangkan usia kita hidup bersama. Kehadiran adinda buat keluarga kita SubhanAllah amat luar biasa,” katanya di Threads.

Dalam masa sama, pendakwah tersebut turut memuji keperibadian Neelofa yang sentiasa cekal dalam membesarkan anak-anak dan bijak menjaga maruahnya sebagai seorang isteri.

“Sejujurnya amatlah banyak kebaikan yang telah dibuktikan dengan perbuatan oleh zaujah, dari akhlak, jaga anak-anak dan maruah diri. Sungguh pada pendapat saya zaujah ikhlas melakukannya.

“Kalaulah anak-anak boleh bercakap lancar, mungkin Abbas dan Bilal akan lihat ibunya dan berkata ibukulah segalanya buatku.

“Mana tidaknya dari pesan makan ‘butter chicken’, mi sup, ayam kicap, ayam kurma dan juga pizza sehinggalah juga dengan kasih sayang yang tidak putus,” ujarnya.

Turut mengimbau kenangan sewaktu mengerjakan ibadah umrah bersama, Haris menyifatkan Neelofa sebagai seorang wanita yang sentiasa mengutamakan keluarga berbanding diri sendiri.

“Teringat akan satu waktu kita berada di Tanah Suci selesai saja umrah, sedang berjalan pulang dengan nada sederhana dan mungkin jua sebak zaujah sebut ‘saya banyak doa untuk kita rezeki awak dan anak-anak’.

“Apa lagi yang diinginkan dari seorang ibu atau isteri yang menyayangi keluarganya lebih dari yang lain,” kongsinya.

Sekadar info, Haris dan Neelofa telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN