Fazura & Fatima cipta kenangan Syawal bersama menerusi ‘Raya Pum Pang Lagi’ - Utusan Malaysia

Fazura & Fatima cipta kenangan Syawal bersama menerusi ‘Raya Pum Pang Lagi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pelakon, penyanyi dan usahawan terkenal Fazura tampil dengan kelainan apabila bergabung dengan anaknya, Fatima, untuk menghasilkan versi baharu lagu raya berjudul Raya Pum Pang Lagi yang bakal menemani sambutan Aidilfitri tahun ini.

Lagu yang akan dilancarkan di semua platform penstriman digital pada 20 Februari 2026 itu bukan sekadar karya muzik, tetapi juga kenangan istimewa antara ibu dan anak.

“Sejujurnya, idea ini datang secara sangat natural. Tahun lepas bila Raya Pum Pang keluar, Fatima memang selalu ikut menyanyi sekali dekat rumah. Dia hafal lirik, siap buat gaya sendiri. Dari situ saya rasa, kenapa tak jadikan memori kecil itu sesuatu yang lebih bermakna? Raya Pum Pang Lagi ni bukan sekadar versi baru, tapi versi yang ada kenangan kami berdua sebagai ibu dan anak,” kata Fazura.

Momen paling bermakna sepanjang proses rakaman ialah apabila Fatima buat pertama kali berdiri di hadapan mikrofon sebagai sebahagian daripada karya rasmi.

“Masa sesi rakaman tu memang sangat comel. Fatima nyanyi dengan penuh yakin dan bangga, macam dia betul-betul tahu dia sebahagian daripada lagu ini. Sebagai ibu, tengok dia berdiri depan mikrofon dengan semangat macam tu memang buat saya rasa sangat tersentuh dan emosional,” katanya.

Fazura berharap lagu ini dapat membawa pendengar kembali kepada suasana rumah, gelak tawa anak-anak dan momen kecil yang sering terlepas pandang.

Raya Pum Pang Lagi ditulis dan digubah oleh Mage, Ja’a, Glowrush dan Nick Ariff, dengan produksi oleh Adib Hussin, Nick Ariff dan Glowrush.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN