‘Berhenti normalisasikan tangisan melampau, jeritan berlebihan sebagai lakonan yang bagus’ - Utusan Malaysia

‘Berhenti normalisasikan tangisan melampau, jeritan berlebihan sebagai lakonan yang bagus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Aktres versatile, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil memberi teguran mengenai teknik lakonan kepada sesetengah pelakon.

Menurut Sarimah, lakonan yang hebat tidak dinilai dari lontaran skrip yang lantang mahupun memuntahkan segala emosi secara berlebihan semata sebaliknya penjiwaan yang ditonjolkan.

“Berhenti menormalisasikan tangisan melampau, jeritan berlebihan dan lakonan yang keterlaluan sebagai tanda lakonan yang bagus.

“Lakonan yang baik ialah meletakkan diri sepenuhnya ke dalam watak tersebut,” katanya menerusi sebuah hantaran di Threads.

Sarimah berkata demikian demi mengubah persepsi sesetengah pihak yang berpendapat lakonan yang hebat seharusnya disampaikan secara berlebihan agar mesejnya sampai kepada penonton.

Tambah pelakon drama Ternyata Sebuah Bahagia itu, lakonan yang hebat seharusnya disampaikan mengikut logik berdasarkan apa yang dilakukan oleh kebanyakan individu tatkala meluahkan perasaan.

“Mungkin ramai yang tidak sedar, tapi dalam lakonan ‘exposition’ bukanlah lakonan yang baik. Menunjukkan dan menyuap emosi secara berlebihan kepada penonton bukan bermaksud ‘lakonan hebat’.

“Sebabnya begini, kebanyakan manusia dalam kehidupan seharian cuba menyembunyikan kesedihan, ketakutan dan kekecewaan. Kita jarang menunjukkan apa yang kita fikirkan atau rasakan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN