‘Bahagia Lagi’, luahan emosi Piche Kota - Utusan Malaysia

‘Bahagia Lagi’, luahan emosi Piche Kota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Penyanyi Indonesia, Piche Kota kembali dengan single terbaharu berjudul Bahagia Lagi, sekali gus meneruskan identiti muziknya dalam genre pop balada yang sarat dengan emosi dan tema percintaan.

Lagu ini mengisahkan harapan serta keinginan untuk menemukan semula kebahagiaan selepas melalui kehilangan, sekali gus mencerminkan realiti perasaan yang sering dialami oleh mereka yang pernah kecewa dalam percintaan.

Sejak dilancarkan, Bahagia Lagi menerima sambutan luar biasa apabila tersenarai dalam carta Viral 50 Malaysia dan Top Songs Malaysia di Spotify, selain mencatat jumlah tontonan harian yang tinggi di platform TikTok, sekali gus membuktikan penerimaan positif pendengar tempatan.

Sebelum ini, pada Jun 2025, alumni Indonesian Idol musim ke-13 itu memperkenalkan single sulungnya, Pada Satu Cinta, hasil kolaborasi bersama komposer terkenal Yovie Widianto.

Untuk single terbaharu ini, Piche Kota bekerjasama dengan Happy Andromeda dan Dimas Bokor dalam penulisan lagu Bahagia Lagi.

Menurut Piche Kota, lagu ini menggambarkan perasaan individu yang ingin kembali merasai kebahagiaan selepas melalui episod kehilangan cinta.

Dari segi susunan muzik, Bahagia Lagi menampilkan nuansa sendu menerusi tempo perlahan yang sinonim dengan pop balada, digabungkan dengan lirik yang mendalam serta karakter vokal unik Piche Kota.

Video muzik Bahagia Lagi turut melengkapkan emosi lagu berkenaan apabila dihasilkan dalam bentuk mini filem dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan.

Piche Kota berharap lagu tersebut dapat menjadi penguat semangat serta runut bunyi buat mereka yang sedang melalui pengalaman yang sama, selain diterima baik oleh ramai pencinta muzik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN