Anugerah Grammy Awards 2026 bukan sahaja menjadi pentas pengiktirafan tertinggi industri muzik dunia, malah sekali lagi membuktikan karpet merahnya adalah gelanggang bebas untuk eksperimen fesyen paling ekstrem.
Jika sebelum ini Grammy sinonim dengan gaun elegan dan sut eksklusif, edisi tahun ini menyaksikan sempadan antara fesyen, seni persembahan dan sensasi semakin kabur.
Pelbagai selebriti tampil dengan persalinan luar jangka. Ada yang terlalu berani, ada yang hampir mustahil difahami, dan ada juga yang membuatkan orang ramai tertanya-tanya sama ada mereka benar-benar berpakaian atau sekadar ‘berkonsep’.
Media hiburan antarabangsa menyifatkan sebahagian penampilan ini sebagai antara yang paling liar dan mengejutkan dalam sejarah Grammy, sehingga mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.
Berikut adalah lima artis yang dianggap paling berpakaian ‘merepek’ di karpet merah Grammy Awards 2026.
Chappell Roan – Gaya Mugler, Nipple Rings
Chappell Roan mencuri tumpuan dengan gaun Thierry Mugler yang hampir benar-benar ‘tidak berbaju’. Menjadi topik bualan ramai, ‘pakaian’ itu cuma disokong oleh nipple rings dan reka bentuk lutsinar yang mendedahkan kulit serta tatu badannya. Penampilan ini bukan sahaja mengejutkan tetapi turut menjadi bahan perbincangan media global kerana ramai beranggapan ia kelihatan menjelikkan.
Heidi Klum – Gaun aneh berbentuk badan
Heidi Klum tampil dengan gaun yang menyerupai bentuk tubuhnya seolah-olah cuma kulit sahaja. Ia merupakan hasil ciptaan seorang pereka terkenal Jerman. Fesyen ini begitu berani sehingga ramai merasa teringat kostum seni persembahan eksperimental berbanding pakaian karpet merah tradisional.
Zara Larsson – Skema Emas, sentuhan berkilau
Penyanyi Sweden ini memilih dua pasang emas yang cukup memikat tetapi kombinasi kilauan serta corak yang ‘terlalu sarat’ membuatkan sesetengah pengulas fesyen mempersoalkan kesesuaiannya untuk acara berprestij seperti Grammy.
Justin Bieber hanya bercelana dalam
Bagai orang yang malas bersiap, Justin nampaknya cuba melawan arus dengan enggan memakai pakaian rasmi karpet merah. Ketika membuat persembahan di pentas, Justin tampil dengan gaya yang dikira ramai sebagai terlalu santai iaitu dengan cuma bercelana dalam sekali gus, meninggalkan kesan pelik yang tidak sesuai untuk acara besar.
Doechii – Potongan dan reka bentuk eksperimental
Doechii memilih pakaian dengan potongan yang agak eksperimental dan tidak konvensional di mana corak serta struktur materialnya membuatkan ramai pemerhati fesyen mempertikaikan selera pilihannya.










