Syukur boleh bekerja sehingga sudah mahu bersalin - Uyaina Arshad - Utusan Malaysia

Syukur boleh bekerja sehingga sudah mahu bersalin – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Uyaina Arshad meluahkan rasa syukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk sepanjang kehamilan ketiga ini.

Menurut Uyaina, kehamilannya kini membuatkan dirinya lebih aktif bahkan dapat bekerja meskipun sudah hampir mahu bersalin.

“Perkara yang saya bersyukur untuk kehamilan ketiga ini ialah tiada tanda regangan, perut dan paha bersih. Rambut tidak gugur dan lebat. Alahan tidak teruk. Syukur masih boleh bekerja walaupun sampai dah nak bersalin.Hidung tidak kembang dan muka tidak bengkak sangat, jawline masih ada sebab itu masih boleh bergambar. Berat badan naik tetapi secara sihat.

“Kulit tidak ‘breakout’ teruk. Walaupun tidak berseri sangat, tetapi tiada masalah kulit. Bersyukur sangat-sangat,” katanya di Instagram.

Kekal merahsiakan jantina bayi, Uyaina turut berkongsi usia kehamilannya kini sudah memasuki 36 minggu.

Dalam masa sama, bekas pengacara Wanita Hari Ini itu mengakui dirinya juga tetap berdepan dengan cabaran lain sepanjang hamil.

“Cabaran mengandung kali ini, penat. Kadang-kadang tidak buat apa pun penat. Sakit-sakit badan, belakang sakit, pinggang sakit, dan paling sakit tulang punggung.

“Kadang-kadang saya mengalami hypo kerana kekurangan gula dan mengidam emas 916. Lain orang lain simptom mengandung,” selorohnya.

Sebelum ini, Uyaina berkongsi pengalaman mengandung anak ketiga yang dianggap sangat berbeza kerana mula ‘mengidam’ tabiat mengumpul emas.

Bagaimanapun, Uyaina menganggap pembelian emas itu bukanlah satu pembaziran, sebaliknya merupakan satu bentuk pelaburan untuk masa depan keluarga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN