Pelakon popular ditahan reman bantu siasatan kes dadah - Utusan Malaysia

Pelakon popular ditahan reman bantu siasatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelakon lelaki popular ditahan reman semalam selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi membantu siasatan berhubung kes berkaitan dadah.

Perintah tahanan reman selama tiga hari terhadap selebriti berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Shah Alam pada Rabu, 28 Januari, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Menurut sumber, penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan di bawah Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 susulan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif.

Difahamkan, pelakon terbabit ditahan oleh pihak berkuasa sebelum dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan lanjut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai tempoh tahanan reman serta jenis bahan terlarang yang dikesan masih belum didedahkan oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini, difahamkan, individu yang sama pernah terpalit kes dadah apabila Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman selepas mendapati lelaki itu bersalah kerana menggunakan dadah dikenali THC.

Bagaimanapun, selebriti itu terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan membenarkan selebriti itu membayar hukuman denda RM5,000.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN