Mimi Lana akui khilaf terlepas pandang buat bayaran kepada jurusolek - Utusan Malaysia

Mimi Lana akui khilaf terlepas pandang buat bayaran kepada jurusolek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki sebab terlepas pandang perkara ini. Tetapi terima kasih kerana ingatkan kalau tidak saya pun sudah tidak ingat.”

Demikian kata pelakon, Mimi Lana yang membuat permohonan maaf secara terbuka kepada salah seorang jurusolek yang dikenali sebagai Aizat kerana terlepas pandang untuk membuat pembayaran.

Menurut Mimi, dia mula menyedari kecuaian itu selepas terbaca luahan jurusolek berkenaan yang seolah-olah menyindirnya kerana tidak menyelesaikan hutang bayaran perkhidmatannya.

“Salam Aizat, saya ternampak Threads awak. Dan saya tahu awak sedang bercakap tentang saya sebab saya yang komen dekat orang itu begitu dan saya ingat awak beberapa kali solekan saya dulu.

“ Maafkan saya, tadi saya baru check awak punya pesanan terus (Direct Message). Ada satu pesanan peringatan daripada awak untuk bayar RM200 dari 2019,” katanya membalas Threads jurusolek tersebut.

Tambah pelakon Andai Tiada Dia itu, dia belum pernah culas membust pembayaran terhadap perkhidmatan mana-mana jurusolek yang pernah bekerjasama dengannya.

Bahkan, dia amat menghargai hasil titik peluh mereka yang sudah bekerjasama dengannya meskipun nilainya tidak besar.

“Setakat ini saya tidak pernah lagi tidak bayar mana-mana jurusolek. Kalau ada tolong hubungi atau mesej pembantu peribadi saya.

“Kadang-kadang ada benda yang saya terlepas pandang, dan selalunya bayaran ini pembantu peribadi atau pengurus saya yang akan selesaikan untuk saya. Maafkan kami kalau terlepas pandang.

“Walaupun jumlahnya kecik bagi kami, tapi besar bagi orang yang sudah bekerja. Tak sepatutnya Berlaku. Saya minta maaf sekali lagi. Dan tolong hubungi pembantu peribadi dan bagi saya nombor akaun awak,” tambahnya.

Terdahulu, tular menerusi platform Threads seorang jurusolek mendedahkan sikap seorang selebriti yang belum melunaskan bayaran perkhidmatan solekannya biarpun sudah beberapa kali membuat peringatan.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana artis, Mimi tampil berani memohon maaf dan mengakui khilafnya terhadap jurusolek berkenaan.

“Saya nampak komen seorang artis ini di perkongsian seseorang “bolehlah makeup saya pula”. Dan dia hutang aku duit make up.

“Dulu aku bagi rate antara MUA (make up artis) dengan artis sahaja RM250, selepas itu sampai ke sudah buat lupa. Nak je balas komen dia, bayar hutang saya boleh tak?” tulis jurusolek itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN