Melampau, ibu bapa aku hidup lagi- Ezzanie Jasny

Melampau, ibu bapa aku hidup lagi- Ezzanie Jasny

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa berang apabila individu tidak bertanggungjawab terus menggunakan identitinya tanpa kebenaran di media sosial untuk menyebarkan berita palsu.

Bagai tiada kesudahan, Ezzanie menyifatkan tindakan individu terbabit juga semakin keterlaluan apatah lagi sudah melibatkan keselamatan keluarga tersayang.

“Aku tengah tahan nak marah saja ini. Apa yang dia dengki sangat dengan aku? Setahu aku, aku tidak kacau hidup sesiapa pun.

“Kau ini sumpah melampau. Siap muat naik gambar ibu bapa aku cakap “salam takziah”. Ibu bapa aku hidup lagi,” katanya di Threads.

Tidak terhenti di situ, pelakon drama Layang-Layang Perkahwinan itu juga berkongsi tangkap layar mesej peribadi yang berunsur ugutan daripada akaun terbabit untuk terus mengganggunya sekeluarga.

“Aku takkan berhenti, aku akan balas satu keluarga kau bukan TikTok je aku buat,” kata individu tersebut.

Pun begitu, Ezzanie turut memaklumkan dirinya juga sudah membawa perkara tersebut ke pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

“Untuk makluman, terdapat beberapa lagi akaun palsu yang menggunakan gambar saya dan meninggalkan komen di sesi siaran langsung pengguna media sosial yang lain.

“Komen tersebut bukan daripada saya. Saya sudah membuat laporan polis berkaitan insiden sebelum ini dan akan terus memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai hal ini.

“Terima kasih kepada mereka yang jumpa dan maklumkan perkara ini kepada saya,” katanya di Instagram Story.

Terdahulu, Ezzanie meluahkan rasa kesal apabila terdapat individu menggunakan identitinya untuk menyebarkan berita palsu dan memainkan isu sensitif berkaitan agama sehingga menimbulkan salah faham di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN