Kongsi gambar anak sulung, Siti Saleha pilih nama Indra - Utusan Malaysia

Kongsi gambar anak sulung, Siti Saleha pilih nama Indra

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Siti Saleha mengumumkan dia dan suami, Joshua Fitton telah selamat menimang cahaya mata lelaki.

Menerusi perkongsian di Instagram, Saleha telah menamakan putera sulungnya itu dengan nama panggilan, Indra.

“Akhirnya, cahaya mata kami sudah di sini. Hello, nama saya Indra,” katanya ringkas.

Saleha bagaimanapun tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tarikh dirinya bersalin selain memilih untuk tidak mendedahkan wajah anak kesayangannya itu.

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah dihujani ucapan tahniah dari kalangan selebriti dan pengikutnya.

Untuk info, Saleha telah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen, Joshua Fitton pada 15 Februari 2025.

Terdahulu, Saleha pernah berkahwin dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 namun, bercerai pada 2022.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN