Abby Abadi syukur Norman Hakim bayar mas kahwin tertangguh

Berkat kesabaran, Abby Abadi syukur Norman Hakim bayar mas kahwin tertangguh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas lebih dua dekad menanti dengan penuh kesabaran, pelakon dan penyanyi Abby Abadi akhirnya menerima bayaran mas kahwin yang tertangguh daripada bekas suaminya, Norman Hakim.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, berkata, dia bersyukur apabila perkara yang tertangguh sejak sekian lama itu akhirnya dapat diselesaikan secara baik dan tertib tanpa sebarang konflik terbuka.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby turut berterima kasih kepada suaminya, Muhammad Faizal Zakaria dan isteri Norman iaitu Memey Suhaiza kerana tidak pernah mencampuri urusan tersebut. 

“Dengan tenangnya, saya kongsi la serba sikit. Biar semua tahu, yang ni dah selesai setelah 22 tahun ya. Terima kasih suami dan Memey tak pernah campur urusan yang tertangguh ini.

“Bukan nak kongsi sangat pun sebenarnya, cuma nak maklum, berkat kesabaran selama 22 tahun ini rezeki saya, tetap rezeki saya. Alhamdullilah,” kongsinya. 

Abby turut mengucapkan terima kasih kepada Norman kerana sudi membayar tunggakkan tersebut selepas sudah berkemampuan.

“Terima Kasih Norman Hakim kerana sudi bayar apa yang tertunggak setelah berkemampuan. Awak kata tak perlu kongs, tapi tak apalah, saya suka nak kongsi. 

“Bukan sebab tak habis-habis tapi memang tak pernah selesai pun. Saya terus menunggu dengan penuh kesabaran. 

“Semoga berkat kesabaran selama 22 tahun ini dapatlah saya sebuah mahligai bukan hanya di dunia tapi di Syurga sana. Duit belanja besar juga nanti,” katanya. 

Sekadar info, Abby dan pelakon, Norman Hakim pernah berkahwin pada 2002. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.

Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN