Banyak ilmu yang saya ceduk daripada peserta - Neelofa - Utusan Malaysia

Banyak ilmu yang saya ceduk daripada peserta – Neelofa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMAI menyambut baik inisiatif pihak Astro mewujudkan program realiti Islamik, Mualim Muda lebih-lebih lagi selepas sedekad rancangan seperti itu tidak disajikan di kaca televisyen.

Tambah lagi kemunculan pelakon, pengacara dan usahawan berjaya, Neelofa membarisi kerusi penjurian disamping Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias dan Dr. Kamilin Jamilin.

“Tumpuan utama tetap untuk peserta. Kami sekadar penyeri, ibarat lampu-lampu yang pernah menyinari industri seni. Tidak mahu mencuri tumpuan.Mualim Muda rancangan yang bagus. Saya dan suami, Haris Ismail berpandangan program ini perlukan sokongan. Kami sedia bantu menarik penonton,” katanya.

Neelofa mengambil satu minggu sebelum menyatakan persetujuan menjadi juri program Mualim Muda yang ditayangkan setiap Jumaat malam itu.

“Saya pada awalnya menolak. Tapi, suami pula beri galakkan. Katanya program ini bagus. Tidak wajar peluang itu saya lepaskan.Jika difikir semula, ada juga benarnya. Latar belakang peserta dan dua juri lain bukan calang-calang. Secara tidak langsung, banyak ilmu yang boleh saya ceduk daripada mereka,” katanya.

Selain menyambut baik, wujud penonton yang mempersoalkan peranan juri persembahan yang digalas Neelofa. Ibu dua cahaya mata ini tampil menjelaskan kekeliruan yang ditimbulkan.

“Penggiat seni faham tentang kriteria penyampaian. Ada aspek lontaran suara, interaksi dengan audiens dan sebagainya.Sebagai orang seni, saya boleh berkongsi pandangan dan nasihat membina mengenai aspek tersebut dengan peserta.

“Apa pun, di pengakhirannya nanti kita mahu peserta-peserta ini menjadi insan yang kelak menyumbang kepada agama.

“Harapan kita, mereka ini dapat menjadi ilmuan agama yang menjadi rujukan masyarakat,” ujarnya.

RAIKAN KEBAIKAN

Haris atau PU Riz, selaku hos Mualim Muda antara individu paling teruja apabila dikhabarkan pihak Astro tentang perancangan menganjurkan Mualim Muda.

“Saya antara paling bersemangat. Saya sebelum ini pernah juga bertanya mengapa program seperti ini tidak dianjurkan sekian lama.

“Saya memberi sokongan penuh meskipun sekadar menggalas peranan sebagai hos bersama Fakhrul UNIC.Yang patut kita raikan adalah ilmu dan kebaikan program ini. Barisan juri pun bukan calang-calang orang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN