Ayda Jebat selamat melahirkan Anggun Mikayla - Utusan Malaysia

Ayda Jebat selamat melahirkan Anggun Mikayla

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Assalamualaikum, selamat datang ke dunia Anggun Mikayla.”

Demikian kata penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat setelah selamat melahirkan anak ketiga, hari ini.

Menerusi hantaran di Instagram, Ayda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraannya.

“Alhamdulillah, 26.01.2026 lahirnya seorang puteri yang manis. Terima kasih semua yang mendoakan. Sayang semua,” katanya.

Ayda yang berkongsi momen bermakna bersama suaminya, Nabil Mahir itu bagaimanapun tidak mendedahkan wajah anak ketiganya.

Untuk info, Ayda dan Nabil telah mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata, Ana Nayla, Aali Mateen dan Anggun Mikayla.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN