Andy Teh bakal bergelar artis antarabangsa - Utusan Malaysia

Andy Teh bakal bergelar artis antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aduh, Cik Bunga senyum sampai ke telinga minggu ini. Bukan apa, telinga ini tertangkap khabar yang cukup manis tentang seorang pelakon yang namanya makin kerap berlegar di bibir peminat seni. Siapa lagi kalau bukan Andy Teh.

Cik Bunga dengar cerita, Andy dikatakan bakal muncul dalam dua buah filem antarabangsa pada tahun ini. Haa… bukan satu, tapi dua, ya! Kalau betul seperti yang diperkatakan, memang sah-sah 2026 ini tahun rezeki Andy.

Daripada bermula sebagai wajah baharu yang perlahan-lahan mencipta nama di Malaysia, kini dia dikhabarkan sudah mula dilirik produksi luar.

Bak kata orang, bakat bila digilap, memang akan menyerlah juga akhirnya.

Cik Bunga pun tumpang gembira sebab dengarnya, projek-projek yang dimaksudkan itu pula bukan calang-calang.

Kononnya melibatkan nama-nama besar dan pasaran antarabangsa yang boleh melonjakkan lagi profil Andy sebagai pelakon serantau, malah mungkin global. Wah, kalau jadi kenyataan, bukan sahaja peminat tempatan yang bangga, industri kita pun boleh tersenyum lebar.

Cuma, kalau ditanya lebih lanjut, Andy masih menyimpan rapat rahsia itu. Tajuk naskhah? Siapa pengarah? Di mana lokasi penggambaran? Semuanya masih misteri. Mungkin dia mahu biar semuanya ‘masak’dulu sebelum diumumkan secara rasmi.

Apa pun, Cik Bunga doakan yang baik-baik. Moga langkah Andy dipermudahkan dan khabar manis ini bertukar menjadi berita rasmi yang lebih manis tak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN