Sydney Sweeney kekasih Christian Pulisic?

Sydney Sweeney kekasih Christian Pulisic?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Bintang AC Milan, Christian Pulisic dilaporkan menjalin hubungan dengan pelakon terkenal Hollywood, Sydney Sweeney, sekali gus mencetuskan spekulasi hangat dalam kalangan peminat dan pemerhati industri hiburan antarabangsa.

Menurut laporan media, Sydney sebelum ini menerima ratusan mesej peribadi (DM) daripada pemain Liga Perdana Inggeris sejak Ogos 2025, sejurus selepas dia berpisah dengan tunangnya, penerbit Jonathan Davino.

Difahamkan, beberapa pemain daripada kelab ternama seperti Manchester United, Liverpool dan Arsenal cuba mendekatinya, malah ada yang mengajaknya bercuti dan berjanji temu di Eropah, namun semuanya ditolak oleh pelakon itu.

“Ramai pemain bola sepak melihat situasi itu sebagai peluang dan cuba memikat Sydney, tetapi dia bukan wanita yang mudah menerima pelawaan sebegitu,” kata seorang sumber terdekat.

Menurut sumber itu lagi, ada lelaki yang sanggup mendapatkan alamat rumah Sydney semata-mata untuk menghantar bunga, namun percubaan mereka tetap tidak membuahkan hasil.

“Sejak dia putus tunang, boleh dikatakan ratusan lelaki cuba mendekatinya. Daripada selebriti hinggalah jutawan dari Timur Tengah dan Asia, semuanya cuba menghubunginya setiap bulan.

“Dia kini antara wanita paling diidamkan di Amerika Syarikat sejak era Madonna,” ujar sumber berkenaan.

Bagaimanapun, akaun gosip terkenal DNA da Bomba mendakwa, bibit-bibit cinta mula berputik antara Sydney dan Pulisic hasil perkenalan menerusi DM.

Namun setakat ini, masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada kedua-dua pihak.

Untuk rekod, Sydney sebelum ini menjalin hubungan serius dengan Jonathan Davino sejak 2018, bertunang pada 2022 sebelum berpisah pada awal 2025.

Terdahulu, pelakon The White Lotus itu turut dikaitkan dengan pengurus bakat terkenal, Scooter Braun dan mereka dilihat tidak segan mempamerkan kemesraan di khalayak umum.

Sementara itu, Pulisic sebelum ini dilaporkan menjalinkan hubungan dengan pemain golf, Alexa Melton sejak musim panas 2024 dan kerap dilihat bersama di media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN