KUALA LUMPUR: Isteri kepada Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette A. Samad, berkongsi hantaran terakhir di media sosial sebelum negara dikejutkan dengan berita pemergian Ahli Parlimen Kinabatangan itu.
Menerusi satu entri di Instagram Story, Zizie memuat naik video kenangan bersama arwah suaminya selain luahan hati yang menggambarkan sisi peribadi Bung Moktar yang jarang diketahui umum.
“Mereka mungkin tidak mengenali hatinya, tetapi saya tahu.
“Selama 16 tahun saya menyaksikan kebaikannya, kemurahan hatinya dan kasih sayangnya yang tidak mementingkan diri terhadap manusia.Mohon titipkan dia dalam doa anda,” tulisnya.
Hantaran berkenaan turut disertakan rakaman Bung Moktar meluangkan masa bersama anak-anak mereka, menggambarkan keakraban keluarga tersebut.
Untuk rekod, Zizie dan Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009.










