Persembahan terlalu berani, Lisa Blackpink dikritik netizen China - Utusan Malaysia

Persembahan terlalu berani, Lisa Blackpink dikritik netizen China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penampilan anggota kumpulan sensasi Korea Selatan, BLACKPINK, Lisa, ketika menjayakan konsert jelajah dunia DEADLINE di Filipina dan Singapura mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan netizen China.

Menerusi beberapa foto dan klip yang tular di media sosial, penyanyi berusia 28 tahun itu tampil dengan busana yang dianggap terlalu berani termasuk pakaian lutsinar, seluar pendek serta rekaan berbelahan tinggi yang memperlihatkan bentuk tubuhnya.

Walaupun menerima pujian meluas daripada peminat, segelintir netizen China melontarkan kritikan pedas terhadap gaya persembahan Lisa yang disifatkan keterlaluan dan tidak sesuai ditonton oleh golongan muda.

Bukan sahaja dari sudut pemakaian, malah koreografi tarian yang dipersembahkan turut menjadi sasaran kecaman kerana dikatakan terlalu sensual dan memfokuskan pergerakan pinggul.

“Sepanjang persembahan hanya pinggulnya yang bergoyang,” tulis seorang pengguna di platform Weibo seperti dipetik daripada 8days.

Malah, terdapat netizen yang mendesak pihak Weibo menyekat kandungan melibatkan Lisa kerana didakwa memberi pengaruh negatif.

“Tolong Weibo, sekat dia,” tulis seorang lagi pengguna.

Bagaimanapun, kritikan tersebut segera mendapat reaksi balas daripada peminat setia Lisa yang tampil mempertahankan idola mereka.

Menurut mereka, kecaman yang dilemparkan lebih didorong oleh rasa iri hati terhadap kejayaan Lisa sebagai artis antarabangsa.

“Dia menari dengan sangat baik, orang hanya iri,” kata seorang peminat.

“Koreografi itu memang direka sedemikian dan tidak ada yang salah,” tambah seorang lagi.

Dalam masa sama, Lisa terus menerima sokongan padu peminat menerusi kehadiran ribuan penonton pada konsert DEADLINE yang berlangsung di Philippine Arena pada 22 dan 23 November lalu.

Menerusi satu hantaran di Instagram pada 29 November, Lisa meluahkan rasa terharu atas sambutan luar biasa yang diterimanya di Filipina.

“Masih belum boleh melupakan tenaga luar biasa kamu. Saya cinta kamu Filipina,” tulisnya.

Konsert sama turut berlangsung dengan jayanya di Stadium Nasional Singapura pada 28, 29 dan 30 November lalu, menyaksikan Lisa tampil memukau dengan persalinan berbeza pada setiap malam persembahan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN