Miley Cyrus kini tunang Maxx Morando - Utusan Malaysia

Miley Cyrus kini tunang Maxx Morando

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Ikon pop antarabangsa, Miley Cyrus, mengesahkan pertunangannya dengan pemuzik Maxx Morando, pada awal bulan ini.

Berita gembira itu mula tersebar ketika pasangan berkenaan muncul di tayangan perdana Avatar: Fire and Ash di Los Angeles baru-baru ini.

Cyrus yang anggun mengenakan gaun hitam turut menarik perhatian dengan sebentuk cincin berlian yang jelas kelihatan di jarinya.

Beberapa portal hiburan antarabangsa, termasuk E! News, melaporkan pengesahan pertunangan itu tidak lama selepas acara tersebut.

Difahamkan, pasangan itu telah menjalinkan hubungan sejak 2021.

Hubungan mereka bermula selepas seorang rakan memperkenalkan mereka pada satu janji temu yang diatur khas.

Pasangan ini membuat penampilan karpet merah pertama pada pertunjukan fesyen Gucci pada November 2021, dan sejak itu sering muncul bersama di acara besar termasuk Anugerah Grammy dan Oscar.

Pertunangan ini turut menandakan lembaran baharu dalam kehidupan peribadi Cyrus selepas perkahwinan terdahulunya dengan pelakon Liam Hemsworth berakhir kurang setahun selepas mereka berkahwin pada 2017.

Bagaimanapun perkahwinan itu berakhir pada 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN