Enggan menyesal, Nourul Depp lunas impian adakan konsert - Utusan Malaysia

Enggan menyesal, Nourul Depp lunas impian adakan konsert

KUALA LUMPUR, 02 Disember 2025 - Penyanyi, Nourul Depp pada sidang akhbar Konsert For You: Nourul di Heritage Lounge, Royale Chulan Kuala Lumpur di sini hari ini. Gambar M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAHUN 2026 bakal menjadi tahun yang bukan sahaja bersejarah, tetapi juga istimewa dan penuh bermakna buat penyanyi, Nourul Depp. Selepas tiga dekad bergelar penyanyi, Nourul akhirnya menamatkan impian untuk mengadakan konsert solo.

Bukanlah sebelum ini tidak ada penganjur yang menyuarakan keinginan untuk mementaskan sebuah konsert untuk Nourul. Selama tiga dekad ini, beberapa kali dia dihubungi pihak-pihak tertentu yang berminat. Namun, semuanya sekadar tinggal perancangan.

Tapi takdir Tuhan, April tahun depan menjadi titik bersejarah buat penyanyi ini yang akan buat pertama kalinya mengadakan konsert solo sebagai hadiah dan tanda penghargaan kepada peminat yang selama 30 tahun menyokong kerjaya seninya.

“Kita semua punya impian. Impian itu adakalanya kita lupakan, hanya sekadar satu pengharapan. Jalan kerjaya nyanyian saya berbeza. Dunia muzik kita tidak besar mana, tak semua penyanyi berpeluang untuk mengadakan konsert.

“Saya sebelum ke titik ini, melalui perjalanan yang cukup panjang. Dari bergelar penyanyi, kemudian ibu yang membesarkan empat anak dan sekarang bergelar usahawan. Itulah cerita perjalanan hidup saya sampai sekarang.

“Masa saya terhad, kebanyakkan saya lebihkan untuk keluarga dan perniagaan. Sekali sekala sahaja saya penuhi jemputan menyanyi. Akhirnya saya sendiri terfikir, saya ada bakat dan potensi. Saya akan menyesal jika sekiranya satu hari nanti tidak berkesempatan atau berpeluang kongsikan bakat saya ini dengan peminat.

“Sehingga satu ketika, pengurus saya, Ikhsan Ismail mencadangkan saya mengadakan konsert. Dalam nada seloroh saya katakan kepada dia, usahakanlah. Dan saya tak sangka, selepas 

membuat persembahan dalam rancangan Kilauan Emas, ramai peminat yang minta saya adakan konsert. 

“Dan dari saat itu terdetik dalam fikiran saya, buatlah. Kerana itulah konsert saya ini dinamakan For You, disebabkan atas permintaan ramai,” katanya yang bakal menghiburkan menerusi konsert For You Nourul di Zepp Kuala Lumpur pada 17 April 2026.

Nourul mengakui dirinya agak teliti dalam memilih penganjur untuk bekerjasama mementaskan konsert tersebut. Daripada lima penganjur yang datang mendekat, satu yang berjaya mencuri hati penyanyi ini.

“Rong Geng Entertainment satu-satunya penganjur yang datang dengan kertas cadangan lengkap selain bersetuju dengan syarat yang telah saya tetapkan. Yang lain datang dengan cadangan yang tidak menepati keinginan saya.

“Ada yang katanya nak buat konsert seperti bintang antarabangsa, Adele dan bermacam-macam lagil idea yang diterangkan kepada saya.

“Tapi Rong Geng Entertainment ini menampakkan hala tuju yang jelas mengenai perancangan untuk mementaskan konsert ini nanti. Sebab itu saya memilih untuk bekerjasama dengan mereka,” kongsinya.

KUALA LUMPUR, 02 Disember 2025 – Penyanyi, Nourul Depp pada sidang akhbar Konsert For You: Nourul di Heritage Lounge, Royale Chulan Kuala Lumpur di sini hari ini. Gambar M. FIRDAUS M. JOHARI

SERIK BUAT LAGU?

Lazimnya, seorang penyanyi yang agak lama tidak muncul di arus perdana, pastinya akan mengambil inisiatif melahirkan sebuah single atau album sebelum membuat keputusan untuk menganjurkan konsert.

Namun, tidak Nourul. Ada banyak sebab mengapa penyanyi bersuara lantang ini memilih untuk tidak tampil dengan lagu baharu. Antaranya kerana serik melalui pelbagai episod duka ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang menjanjikan bulan dan bintang.

“Saya menanggung banyak kerugian ketika memulakan kerjaya solo dahulu. Saya laburkan puluhan ribu ringgit untuk menghasilkan single, tetapi tidak diterbitkan. Dalam masa yang sama, saya juga kecewa apabila pada 2009, album Tika Cinta tidak dipromosikan sebaiknya oleh label pada ketika itu.

“Ini belum lagi kes keluar duit untuk buat lagu, tapi komposer berkenaan lepas sampai ke hari ini. Ada juga komposer yang tidak yakin dengan bakat saya, justeru menolak untuk menghasilkan lagu untuk saya.

“Tapi yang paling memberi kesan apabila ditipu sebuah syarikat tempatan yang memberikan janji kosong, kononnya mahu menaja saya menghasilkan album berbahasa Perancis namun setelah itu mereka juga menghilang tanpa sebarang khabar berita. Disebabkan itu saya juga menanggung banyak kerugian dan sampai ke hari ini duit yang dihanjikan, RM80,000 Keseluruhannya saya tak dapat.

“Sebab itulah, saya serik nak hasilkan lagu baharu. Suami saya juga berpandangan buat apa hasilkan lagu baharu sedangkan peminat tetap mahukan saya menyanyikan lagu-lagu lama saya yang pernah popular satu ketika dahulu,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN