Arwah Bung pernah berpesan jika mahu berjaya, jaga emak - Shaheizy Sam

Arwah Bung pernah berpesan jika mahu berjaya, jaga emak – Shaheizy Sam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pelakon terkenal, Shaheizy Sam mendedahkan bahawa kesihatan abang iparnya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, mula merosot sejak tempoh kempen Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah baru-baru ini.

Menurut Sam, kali terakhir dia bertemu Allahyarham adalah pada Jumaat lalu, sehari sebelum rakyat Sabah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

“Semasa kempen itu memang nampak arwah kurang sihat, hinggalah ke hari terakhir sebelum mengundi,” katanya.

Pelakon filem Polis Evo itu berkata, dia amat terkejut apabila menerima berita pemergian Bung Moktar yang disampaikan oleh kakaknya, Datin Seri Zizie Ezette.

“Terlalu terkejut, saya terus beli tiket ke Kota Kinabalu untuk menziarahi arwah dan memberi penghormatan terakhir,” ujarnya.

Sam turut berkongsi sisi peribadi Allahyarham yang disifatkan jauh berbeza daripada persepsi umum.

“Orang lihat arwah tegas dan lantang di Parlimen, tetapi sebenarnya beliau sangat lembut ketika berbicara.

“Pesanan yang selalu saya ingat daripada arwah ialah supaya mengutamakan ibu dalam apa jua perkara. Katanya, kalau mahu berjaya, jaga mak dulu,” katanya.

Selain itu, Sam juga menyifatkan Allahyarham Bung Moktar sebagai abang ipar yang terbaik dan amat dihormatinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN