Alami slipped disc, Nabila Huda tetap teruskan Teater Muzikal Masmoona

Alami slipped disc, Nabila Huda tetap teruskan Teater Muzikal Masmoona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon versatil, Nabila Huda, mendedahkan dirinya kini berdepan masalah kesihatan apabila disahkan mengalami sakit tulang belakang atau cakera tergelincir (slipped disc) pada tahap L5.

Menurut Nabila, masalah tersebut sebenarnya pernah dialami sebelum ini, namun tidak berulang dalam tempoh yang lama.

Bagaimanapun, keadaan itu kembali menyerang secara tiba-tiba dua hari lalu sehingga menyebabkan dia mengalami kesakitan teruk dan kesukaran untuk berdiri.

“Sebelum ini, saya pernah mempunyai masalah sakit pinggang, namun sudah lama ia tidak berulang.

“Namun, dua hari lalu ketika bangun tidur, sakit tersebut tiba-tiba datang kembali. Kali ini keadaannya lebih serius sehingga dia mengalami kesukaran untuk berdiri,” katanya di Instagram, hari ini.

Pelakon itu berkata, keadaan tersebut membuatkan dirinya berasa panik memandangkan pementasan Teater Muzikal Masmoona yang dibintanginya bakal berlangsung esok.

Susulan itu, sebelum menghadiri sesi latihan, Nabila mengambil keputusan untuk menjalani pemeriksaan lanjut di hospital termasuk imbasan MRI bagi mengetahui tahap sebenar kecederaan yang dialami.

“Memandangkan show dah nak dekat, saya mula panik. Jadi semalam, sebelum pergi latihan, saya buat keputusan untuk pergi hospital dan buat MRI dulu nak tahu kondisi sebenar, konon nak sedapkan hati saja.

“Tapi sekali pergi, nah ambil kau. Disahkan ada slipped disc L5. Memang penutup 2025 yang padu,”katanya.

Mengakui jadual kerja yang padat menjadi antara faktor penyumbang, Nabila berkata dia sedar dirinya terlalu bekerja keras, namun tetap berpegang kepada prinsip cintanya terhadap kerjaya lakonan.

Dalam pada itu, Nabila turut berkongsi detik mencuit hati apabila doktor mencadangkan agar dia mengambil cuti sakit, namun pelakon tersebut menolak memandangkan komitmen terhadap pementasan yang telah dijadualkan.

“Paling kelakar, doktor tanya, ‘Awak nak MC tak?’ Terus saya tergelak dan jawab, ‘Kerja kami ni MC memang tak ada dalam kamus’.

“Gila kau nak MC! Show esok kot. Orang dah beli tiket. Siapa nak ganti watak Malam? No way!” katanya.

Bagaimanapun, Nabila berkata, dia memohon agar diberikan rawatan sementara termasuk ubat penahan sakit bagi membolehkannya menghabiskan empat persembahan yang telah dijadualkan, sebelum menjalani rawatan fisioterapi sepenuhnya selepas pementasan berakhir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN