Agama dan ruqyah bukan ‘gajet’ halau hantu - PU Amin - Utusan Malaysia

Agama dan ruqyah bukan ‘gajet’ halau hantu – PU Amin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas, PU Amin menegur segelintir pembikin kandungan paranormal di media sosial agar tidak menjadikan agama serta bacaan ayat-ayat ruqyah sebagai ‘alat’ atau gajet untuk menghalau hantu demi meraih tontonan dan sensasi.

Teguran itu dibuat susulan satu hantaran tular di Threads yang merujuk kepada kandungan video seorang pempengaruh media sosial berkaitan fenomena ‘saka berlaga’.

Menurut PU Amin, pendekatan sedemikian bukan sahaja mengelirukan masyarakat, malah mencemarkan kefahaman sebenar terhadap amalan ruqyah yang berlandaskan syariat Islam.

“Ustaz, agama dan ruqyah bukan gajet dan alat halau hantu. Cara berfikir sesat macam ini kena betulkan segera.

“Buat program hantu tidak perlu ‘standby’ ustaz. Ustaz bukan mainan dan kuli halau hantu, ruqyah bukan jampi serapah,” katanya dalam satu hantaran balas yang dikongsikan di media sosial.

PU Amin menegaskan, ruqyah merupakan satu kaedah rawatan yang mempunyai disiplin ilmu, adab serta niat yang betul, bukan sekadar bahan kandungan viral untuk menarik perhatian penonton.

PU Amin turut mengingatkan bahawa kandungan berbentuk ‘mencari hantu’ atau sensasi mistik yang melampau berpotensi mendedahkan masyarakat kepada unsur khurafat dan syirik sekiranya tidak dibendung.

“Yang kena ‘stop’ adalah kandungan cari hantu yang syirik ini,” tegasnya.

Sehubungan itu, dia menggesa para pembikin kandungan agar lebih bertanggungjawab dalam menghasilkan bahan siaran.

Ia khususnya yang melibatkan isu akidah dan amalan keagamaan, supaya tidak menimbulkan salah faham serta menjejaskan kesucian ajaran Islam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN