SHAH ALAM: Kemunculan penyanyi legenda, Zaiton Sameon menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila namanya diumumkan sebagai peserta ke-14 untuk rancangan realiti, Gegar Vaganza 12 (GV12).
Semasa sesi memperkenalkan para peserta, nama Zaiton disebut sebagai kejutan selepas nama Shy8 diumumkan.
Zaiton kemudiannya keluar menampilkan diri mengenakan busana berwarna merah.
Sebelum ini, Astro mempersembahkan 13 barisan peserta solo dan kumpulan dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.










