Trend Jamilah? Isteri orang berlumba tinggalkan komen tidak senonoh - Isa Khan

Trend Jamilah? Isteri orang berlumba tinggalkan komen tidak senonoh – Isa Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Isa Khan, meluahkan rasa kesal terhadap segelintir pengguna media sosial yang menghasilkan kandungan menggunakan lagu tular berjudul Jamilah.

Menurut Isa, penularan video menggunakan lagu tersebut disifatkannya tidak sopan dan mencemarkan imej Islam.

Menerusi hantaran di platform Threads, Isa, 32, menyifatkan trend berkenaan sebagai tidak bermoral dan memalukan agama, apabila ada individu lelaki dan wanita tampil berpakaian menjolok mata serta beraksi tidak senonoh.

“Jamilah? Trend memalukan dan menjatuhkan umat Islam. Lelaki dengan tak malunya berbaring atas katil separuh bogel, perempuan pula berlumba-lumba meninggalkan komen tidak senonoh,” katanya.

Isa turut menegur tindakan segelintir wanita berstatus isteri orang yang meninggalkan komen berbaur lucah pada hantaran berkenaan.

“Masalahnya, bini orang pun nak menggatal. Paling menyedihkan, semua yang terlibat ini umat Islam. Dah hilang rasa malu ke apa? Dunia dah akhir zaman,” katanya lagi.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet menyokong kenyataan lantang aktor itu serta memuji keberaniannya menegur secara terbuka isu yang dianggap semakin membimbangkan.

Sebelum ini, jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit turut menasihati golongan lelaki agar tidak terikut-ikut dengan trend berkenaan dan menegaskan bahawa kandungan seperti itu tidak membawa sebarang manfaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN