Saya rindu pelukan seorang ayah - Rebecca Nur Al Islam - Utusan Malaysia

Saya rindu pelukan seorang ayah – Rebecca Nur Al Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Rebecca Nur Al Islam menarik perhatian warganet apabila berkongsi ucapan penuh emosi sempena ulang tahun kelahiran bapa mentuanya yang mesra disapa Abah menerusi hantaran di Instagram.

Rebecca menzahirkan rasa kasih sayang dan penghormatan terhadap lelaki itu selain mendoakan agar bapa mentuanya dikurniakan kesihatan yang berpanjangan serta sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT.

“Semoga Abah sentiasa diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam rahmat serta kasih sayang Allah SWT. Amin.

“Maaf Becca tak sempat jumpa Abah. Abah jaga diri. Becca sayang Abah sangat-sangat,” tulisnya.

Dalam hantaran yang sama, pelakon drama Awak Suka Saya Tak? itu turut meluahkan rasa rindu terhadap arwah bapanya serta mengakui hatinya masih terasa kosong tanpa figura seorang ayah.

“Esok, 21 November hari lahir Papa Becca. Becca dah tak ada Papa. Becca rindu pelukan seorang ayah sebenarnya. Maafkan Becca, Abah dan Mak,” luahnya.

Sementara itu, Rebecca turut mengakui banyak perkara terpaksa dipendam sepanjang perkahwinannya bersama bekas suami, Datuk Nor Azam Sulaiman.

“Perkahwinan Becca dengan Azam terlalu banyak yang Becca simpan dan tak mampu diucapkan dengan kata-kata.

“Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki jika Becca pernah mengecilkan hati Abah dan Mak sepanjang menjadi menantu,” katanya lagi.

Rebecca juga mengakui tidak pernah menyangka jodohnya bersama bekas suami berakhir dengan perpisahan.

Selain itu, Becca juga berharap agar segala aib keluarga terus terpelihara.

“Becca sendiri tak sangka jodoh Becca dan Azam setakat ini sahaja. Biarlah tiada siapa tahu kerana Becca percaya Allah Maha Mengetahui segalanya.

“Semoga aib Becca dan aib Azam Allah simpan serta jaga,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga Rebecca dan Datuk Nor Azam Sulaiman dilaporkan berakhir selepas 18 tahun hidup bersama.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan enam cahaya mata serta membesarkan seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, berusia 16 tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN