Ramai mahu berkawan tetapi saya selektif - Ammar Hayyan - Utusan Malaysia

Ramai mahu berkawan tetapi saya selektif – Ammar Hayyan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, Ammar Hayyan, mengakui dirinya lebih berhati-hati dalam memilih rakan bagi mengelakkan terpengaruh dengan pergaulan yang tidak sesuai.

Menurut Ammar, walaupun ramai individu di kolej menunjukkan minat untuk berkawan dengannya, namun dia bersikap selektif terutama apabila melibatkan aktiviti yang bertentangan dengan prinsip hidupnya.

“Di kolej memang ramai yang ingin berkawan dengan saya, tetapi saya memilih untuk lebih berhati-hati.

“Ada yang ajak keluar malam, tetapi saya tidak boleh dan tidak mahu terlibat dengan perkara seperti itu,” katanya.

Tambah Ammar, dia mampu menilai keikhlasan seseorang berdasarkan cara individu tersebut mendekatinya.

Katanya, rakan yang benar-benar ikhlas adalah mereka yang bersikap sederhana dan tidak berlebihan dalam melayannya serta tidak memandang latar belakang keluarga.

“Biasanya kita boleh rasa sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak melalui cara mereka melayan kita.

“Kalau mereka layan secara biasa dan tidak berlebihan, bagi saya merekalah yang betul-betul mahu berkawan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN